Kelas Bimbangan MyResume SPA

5 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Januari 2022 (Selasa), seorang ahli PEDi Taman Sepakat Jaya telah dibimbing oleh petugas cara-cara untuk mengisi maklumat dan memuat naik gambar berukuran passport dan dokumen-dokumen ke dalam laman sesawang MyResume secara atas talian dengan patuh SOP di Pusat Ekonomi Digital Taman Sepakat Jaya.

Peserta merupakan seorang suri rumah dan telah dipanggil untuk menghadiri temuduga oleh pihak SPA. Laman sesawang MyResume hanya dapat dilayari oleh calon yang layak dan telah mendapat tarikh temuduga daripada pihak SPA. Pihak PEDi Taman Sepakat Jaya mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali